ya Tuhanku
Monday, January 2, 2012 @ 9:32 AM | 0 Comment [s]
Ya Tuhanku, ❖ Kau indahkanlah akhlakku sebagaimana Kau indahkan diriku ❖ Kau lembutkanlah hatiku sebagaimana Kau lembutkan cahaya wajahku ❖ Kau kurniakanlah aku sifat maaf agar hatiku tiada keras membeku ❖ Kau bersihkanlah jiwaku sebagaimana berarak putihnya awanMu ❖ Kau maniskanlah hidupku sebagaimana manisnya kuntuman senyumku ❖ Kau tabirkanlah aku dengan sifat malu agar menjadi sebahagian dari imanku ❖ Kau permudahkanlah urusan hidupku dan segala jodoh pertemuanku ❖ Kau suburkanlah perasaan cinta dalam diriku agar aku amat mencintaiMu ❖ Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku melakukan apa yg selama ini aku seru ❖ Kau jauhikanlah aku dari sikap bermuka-muka agar aku dapat menjadi diriku ❖ Kau matikanlah hatiku untuk berburuk sangka terhadap insan di sekelilingku ❖ Kau berikanlah kasih sayangMu buat insan-insan yang begitu menyayangiku ❖ Kau cairkanlah jiwa-jiwa insan yang tiada menyukai dan mahu memusuhiku ❖ Kau gantikanlah sebuah kebahagiaan sebagai tukaran secebis kesedihanku ❖ Kau lemahkanlah bibirku dari mengucapkan bicara sinis yg melukakan sahabatku ❖ Kau jadikanlah hatiku tiada menyukai pergaduhan antara hamba-hambaMu ❖ Kau pilihlan aku untuk menjadi hamba yang berjihad di jalanMu ❖ Kau ambillah nyawaku sewaktu aku khusyuk beribadat kepadaMu ❖ Kau kurniakanlah aku husnul khotimah sebagai penghujung hidupku ❖ Kau terimalah taubatku dan berikanlah aku kehidupan yang baru ❖ Kau jauhikanlah aku dari melakukan dosa-dosa yang menjauhkan aku dariMu Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku dan aku hanyalah hambaMu. *c.c to http://www.aishaardini.com. |
|