TAKE MY HEART
ya Tuhanku
Monday, January 2, 2012 @ 9:32 AM | 0 Comment [s]

Ya Tuhanku,

❖ Kau indahkanlah akhlakku sebagaimana Kau indahkan diriku

❖ Kau lembutkanlah hatiku sebagaimana Kau lembutkan cahaya wajahku

❖ Kau kurniakanlah aku sifat maaf agar hatiku tiada keras membeku

❖ Kau bersihkanlah jiwaku sebagaimana berarak putihnya awanMu

❖ Kau maniskanlah hidupku sebagaimana manisnya kuntuman senyumku

❖ Kau tabirkanlah aku dengan sifat malu agar menjadi sebahagian dari imanku

❖ Kau permudahkanlah urusan hidupku dan segala jodoh pertemuanku
❖ Kau suburkanlah perasaan cinta dalam diriku agar aku amat mencintaiMu

❖ Kau berikanlah aku kekuatan untuk aku melakukan apa yg selama ini aku seru

❖ Kau jauhikanlah aku dari sikap bermuka-muka agar aku dapat menjadi diriku

❖ Kau matikanlah hatiku untuk berburuk sangka terhadap insan di sekelilingku

❖ Kau berikanlah kasih sayangMu buat insan-insan yang begitu menyayangiku

❖ Kau cairkanlah jiwa-jiwa insan yang tiada menyukai dan mahu memusuhiku

❖ Kau gantikanlah sebuah kebahagiaan sebagai tukaran secebis kesedihanku

❖ Kau lemahkanlah bibirku dari mengucapkan bicara sinis yg melukakan sahabatku

❖ Kau jadikanlah hatiku tiada menyukai pergaduhan antara hamba-hambaMu

❖ Kau pilihlan aku untuk menjadi hamba yang berjihad di jalanMu

❖ Kau ambillah nyawaku sewaktu aku khusyuk beribadat kepadaMu

❖ Kau kurniakanlah aku husnul khotimah sebagai penghujung hidupku

❖ Kau terimalah taubatku dan berikanlah aku kehidupan yang baru

❖ Kau jauhikanlah aku dari melakukan dosa-dosa yang menjauhkan aku dariMu

Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku dan aku hanyalah hambaMu.


*c.c to http://www.aishaardini.com.


Older Post


Story About Stuff Links




This template was created by FaqihahHusni.